
JERANGAU | SWEET FLAG (Acorus calamus)
Dikenali sebagai tumbuhan akuatik. Biasa tumbuh sendiri di kawasan berair dan tanah berlumpur.
Sekali imbas kelihatan seperti rumpai biasa namun jika diusiik atau dicederekan mana2 bahagian daun dan rizom Jerangau, pasti anda akan tertarik dengan aroma Jerangau.
Jika di Malaysia, minyak Jerangau mudah ditemui yang dijual oleh 'orang lama' di pasar2. Minyak urut Jerangau dihasilkan melalui kaedah 'infusion' dengan menggunakan minyak kelapa sebagai minyak asas. Minyak urut Jerangau diyakini dapat membantu merawat masalah sakit perut dan melegakan urat saraf melalui sapuan luar.
Terdapat juga minyak Jerangau (Calamus oil) yang dipasarkan dalam bentuk minyak pati (essential oil). Ia dihasilkan menerusi proses sulingan (distillation) rizom dan daunnya. Juga digunakan untuk manfaat yang sama seperti Minyak Jerangau hasilan orang kampung.
Jerangau turut dikenali sebagai herba saka. Kelebihan jerangau dinyatakan telah ditemui sejak lama dahulu. Rizom jerangau digunakan dalam campuran 'incense' (wangian dalam bentuk seakan setanggi/kemenyan) oleh masyarakarat di Mesir. Tambahan jerangau dalam campuran tesebut dikatakan membantu melegakan stress (penat emosi).
Dapatkan ANAK POKOK JERANGAU dari kami. (Klik di sini untuk pembelian)
Terima kasih,
#jerangau #calamus #aquaticplant #acoruscalamus #calamusoil #sweetflag #sweedreed #strongherbal #aromaticherbal #herbawangi #pokolherba #herbalplant