Daun Seringan Mandian Herba

SERINGAN | MERINGAN | FLEMINGIA STROBILIFERA

Jika dahulu Seringan mudah dijumpai tumbuh secara kelompok di pinggir hutan, tapi sekarang agak sukar untuk menemukannya.

Kebanyakan pengamal rawatan herba memilih untuk membiakkannya di kawasan masing2.

Besar kemungkinan, tumbuhan ini dinamakan Seringan kerana sifat fizikalnya daun dan bunganya yang memang Ringan.

Seringan biasa digunakan dalam campuran mandian herba terutama untuk wanita ketika berpantang dipercayai membantu meringankan dan menyegarkan badan.

Ada juga yang percaya dengan memukul manja sejumlah tangkai seringan berserta daun dan bunganya ke betis anak kecil membantu kanak2 tersebut untuk 'ringan' belajar melangkah dan berjalan.

Secara botani, pokok #Seringan mempunyai tarikan sendiri kerana bentuk bunganya yang unik.

Bunganya kelihatan berjuntai dengan kombinasi kelopak luar bunganya yang ringan dan tumbuh secara bergugus dengan susunan setiap 'butir' kelopak yang teratur kelihatan seakan akan silangan tocang rambut.

Stok anak pokok seringan sedia untuk dijual. Jika anda berminat, klik pautan ke kedai online kami.

Beli pokok Seringan

Beli Daun Seringan