Kaitan Rumput Vetiver & Kestabilan Cerun

Kegagalan cerun dan tebing sering menghantui para pengusaha satu2 kawasan yang baru dibuka atau diusahakan terutama apabila melibatkan pembukaan tanah yang berbukit.

Pembersihan kawasan baru terutama kawasan yang bercerun dan mempunyai atau berhampiran aliran air perlu dilaksanakan secara berkala dan terancang.

Risiko dan potensi tanah/tebing runtuh tidak boleh dipandang enteng kerana ia boleh melibatkan kerugian yang lebih besar di masa akan datang terutama apabila musim hujan tiba.

Tanah yang telah 'gondol 'atau baru ditambak boleh berubah strukturnya akibat tiada lagi 'paku' nya iaitu pokok2 asal yang berakar untuk memegangnya.

Oleh itu, teknik dan langkah kawalan hakisan cerun perlu dirancang dan dilakukan sebaiknya sebelum pembersihan kawasan dilakukan.

Pembukaan sesuatu kawasan sama ada untuk tujuan pertanian, penempatan atau rekreasi harus dikaji struktur tanahnya dan harus ada langkah awal untuk mengurangkan risiko kegagalan cerun sebelum projek sebenar dijayakan.

Antara langkah yang selalu dipilih bagi meminimakan hakisan cerun ialah memasang batu sangkar (retaining wall) untuk menahan dan mengukuhkan ketahanan tebing.

Namun, ia mungkin melibatkan kos dan tenaga yang lebih tinggi. Terdapat kaedah natural yang boleh membantu meningkatkan kestabilan tanah melalui penanaman pokok2 dan rumput yang mempunyai kelebihan dalam bentuk kekuatan akarnya.

Rumput Vetiver antara rumput yang telah terbukti keberkesanannya untuk mengurangkan potensi hakisan tebing dan telah pun melalui banyak kajian dan pelaksanaan oleh banyak negara.

Rumput vetiver tumbuh dalam bentuk berumpun dan mempunyai akar yang dalam dan padat dan dikenal pasti manfaatnya sebagai alternatif baik untuk membantu mengikat struktur tanah.

Ia mudah ditanam dan dibiakkan, hanya melalui pecahan akar seperti serai dan boleh dibiakkan dalam tempoh yang singkat dan ditanam secara tersusun di lereng yang terlibat.

Hubungi kami jika anda berminat untuk mendapatkan benih rumput vetiver.

Promosi hujung tahun sedang berlangsung (selagi stok masih ada).

Klik link utk pembelian benih dalam bentuk anak pokok (dalam polibeg) & benih lerai (loose).

 

Link Vetiver Polibeg: https://serisubuh-agrofarm.com/VetiverGrass-AkarWangi-Anak-Pokok

Link Vetiver Lerai: https://serisubuh-agrofarm.com/VetiverGrass-Loose-AkarWangi

Chat kami untuk info lanjut.